Sarung Balang Kaca Oden

sarung balang oden
Spread the love

Hai, hari ini kita nak buat satu lagi paten baru iaitu sarung balang kaca oden atau prego. Di rumah saya ini sudah banyak sangat balang kaca oden, prego dan jem. Lalu saya terfikir kenapa tidak jadikan DIY saja balang-balang kaca ini kan?

diy balang kaca prego dan oden Irsalina Isa | quick crochet within a day

Okay, sebelum itu saya nak promo sikit koleksi paten percuma dalam laman web saya ini yang mungkin korang tak perasan. Bagi anda yang baru saja di laman web ini, untuk pengetahuan anda, saya ialah pembuat konten mengait dalam Bahasa Melayu dan ada juga konten dalam Bahasa Inggeris (untuk pelanggan antarabangsa). Biasanya saya membuat konten mengait yang mudah dan ringkas (maknanya, tutorial selimut dan alas meja sudah pasti tiada) dan saya telah letakkan dalam satu page yang saya panggil LIBRARY.

Tapi syaratnya, anda kenalah dapatkan password dulu tau. Tujuannya supaya semua paten tersebut ekslusif untuk anda sahaja. Nak dapatkan password tinggal klik saja link dan masukkan alamat email di bahagian form. Nanti saya terus hantar password itu pada korang melalui email ya 😉. Terus anda dapat download paten dalam bentuk PDF. Ok buat sekarang jangan tangguh takut lupa!

Paten percuma mengait Irsalina Isa. Free crochet pattern Irsalina Isa.

Okay, sekarang mari kita terus ke paten sarung balang kaca oden ya!


Paten Sarung Balang Kaca Oden

Nota:

Balang yang digunakan untuk ukuran paten ini ialah yang bersaiz 350g berat. Warna benang yang digunakan ialah kod 41 Khaki Milk Cotton 5ply. Saiz jarum kait ialah 3.5mm. 

Kependekan:

MR (magic ring) : Asas dalam bulatan boleh laras

DC (Double crochet) : Tali air 2

INC (Increase) : 2 tali air dalam satu rantai

BLO (Back Loop Only) : Gelung belakang sahaja

CH (Chain) : Rantai 

SLST (Slip stitch) : Jahitan slip

diy balang kaca prego dan oden Irsalina Isa | quick crochet within a day
dapatkan benang di Shopee

TAPAK

Benang warna Khaki.

R1Buat 12dc dalam magic ring, slst[12]
R2Chain 3, 1dc, 11 inc, slst[24]
R3Chain 3, 1dc dalam chain yang sama dengan 3 chain tadi, (1inc, 1dc) x 11 kali, slst[36]
 Sembunyikan benang lebihan di keliling magic ring 

DINDING

Benang warna Khaki. 

R1Chain 3, 35dc BLO, slst[36]
R2 – 3Chain 3, 35dc, slst[36]
R4Chain 3, 1dc dalam chain yang sama dengan 3 chain tadi, 1bobble, (2dc,1bobble) x 11 kali, slst[36]
R5 – 6Chain 3, 35dc, slst[36]
R edgingChain 1, 36slst, slst[36]
 Potong benang panjang sejengkal dan sembunyikan antara stitch 

Cara Buat Bobble Stitch:

Video Tutorial

Anda juga boleh tonton video tutorial kalau anda suka.

Simpan Di Pinterest Anda

Nak buat nanti? Boleh saja, pin dulu dalam Pinterest korang. (sentuh gambar untuk pin)

diy balang kaca prego dan oden Irsalina Isa | quick crochet within a day

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *